Read more

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, selain daripada masalah bilah atau daun kipas yang tidak sekata akibat longgar, kipas juga boleh mengeluarkan bunyi sekiranya motor kipas tersebut telah kehabisan pelincir.

Pelincir yang sering digunakan biasanya adalah minyak gris atau apa jua jenis minyak yang sesuai. Sebagai contoh, pelincir 4WD juga boleh digunakan untuk melincirkan motor kipas. Namun begitu, mengikut pengalaman saya, minyak tersebut mudah kering untuk suatu tempoh tertentu. 

Minyak gris adalah lebih sesuai. Ia berbentuk seperti vaselin dan diperbuat daripada lemak.