Read more

Banyak faktor yang menyebabkan kipas siling berbunyi. Salah satu sebabnya adalah kerana bilah-bilah kipas tersebut tidak selari atau selaras.

Ini boleh disebabkan oleh skru-skru pada bilah tersebut mungkin telah terkeluar atau tercabut tanpa disedari, menyebabkan salah satu atau lebih bilah kipas menjadi tidak sama.

Keadaan ini menyebabkan kipas akan bergoyang dengan kuat apabila paras perintang dikurangkan serta merbahaya.

Kipas siling juga boleh menjadi perlahan atau tidak berpusing langsung jika relay kipas telah rosak atau tidak berfungsi. Relay biasanya berbentuk segi empat serta berwarna hitam . Ia terletak di dalam motor kipas siling dan tertutup.

Jika relay telah lemah, ia perlu diganti supaya kuasa elektrik dapat ditingkatkan.